Pendigitalan adalah keperluan setiap perniagaan

MENDIGITALKAN perniagaan boleh menjadi satu proses yang mencabar bagi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Apabila bercakap mengenai teknologi maklumat (IT), terdapat banyak jargon dan istilah yang sama sekali asing kepada ramai peniaga-peniaga kecil.

Jendela Biz menjadikan penyelesaian IT lebih mudah diakses oleh PKS dengan menyediakan proses pendigitalan kepada langkah yang lengkap dan lebih terurus.

Penyelesaian IT yang disediakan oleh Jendela Biz adalah terkini dan menyeluruh. Jendela Biz amat menyedari keperluan perniagaan PKS.

Ditubuhkan pada 2018 selepas tercetusnya wabak Covid-19 yang memaksa ramai peniaga beralih kepada pendigitalan, pasukan Jendela Biz mempunyai pengalaman gabungan lebih daripada 20 tahun bersama dengan syarikat induk, Best Pay Solution Sdn Bhd.

Ia menyediakan penyelesaian IT sehenti untuk pelanggannya, menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, seperti fungsi e-dagang, sumber manusia, perakaunan dan penyelesaian pengurusan perhubungan pelanggan, perkhidmatan atau perisian infrastruktur dan perkakasan, serta pembangunan aplikasi mudah alih.

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan IT sedia ada, Jendela Biz melakukan perkongsian pintar teknologi dengan pemain-pemain industri di dalam dan luar negara untuk penawaran IT keseluruhannya.

Ia juga bekerjasama dengan kerajaan dalam Geran Padanan Digitalisasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai penyedia penyelesaian IT kepada usahawan-usahawan PKS, dan bersama-sama, akan membantu 200 PKS dalam mendigitalkan perniagaan mereka.

Menyampaikan perkhidmatan IT yang komprehensif adalah penting untuk Jendela Biz. Ia bukan sahaja melangkaui keperluan yang diminta oleh pelanggan; tetapi juga menasihati pelanggan tentang penyelesaian yang paling sesuai untuk perniagaan mereka.

Jendela Biz tidak berhenti pada sebut harga untuk permintaan pelanggan bagi perkhidmatan. Ia juga menyediakan perundingan percuma mengenai infrastruktur IT yang diperlukan untuk perniagaan pelanggan. Kadangkala pelanggan akan mencadangkan penyelesaian IT yang mungkin tidak perlu mengikut perniagaan mereka, Jendela Biz akan menasihati penyelesaian yang paling kos efektif dan cekap untuk mereka.

Jendela Biz sedar kerana  bagi kebanyakan PKS, wang adalah salah satu pertimbangan terbesar apabila membuat keputusan untuk mendigitalkan perniagaan mereka. Jadi Jendela Biz amat mengutamakan membawa penyelesaian IT bagi memastikan pulangan pelaburan yang baik.

Selepas melaksanakan penyelesaian IT untuk pelanggan, Jendela Biz akan memantau pertumbuhan pelanggan dengan data yang dimilikinya. Ia akan mencadangkan penyelesaian baharu atau menambah baik apabila sistem IT semasa tidak lagi sesuai untuk pelanggan.

Jendela Biz bukan hanya menyediakan perkhidmatan sekali sahaja untuk pelanggan. Adalah sangat penting bahawa pelanggan mempercayai perkhidmatan dan kekal bersama sepanjang masa. Jendela Biz mempunyai ramai pelanggan yang telah bersama sejak hari pertama perjalanan pendigitalan mereka.

Selain itu, Jendela Biz menyediakan perkhidmatan IT dengan ‘sentuhan manusia’. Bahasa IT boleh menjadi sukar bagi kebanyakan pemilik PKS. Pasukan Jendela Biz boleh menerangkan cadangan penyelesaian IT dengan cara yang boleh difahami oleh pelanggannya.

Kepentingan mendigitalkan perniagaan

Selepas berada dalam industri IT selama bertahun-tahun, Jendela Biz sentiasa menekankan bahawa pendidikan tentang kepentingan mendigitalkan perniagaan amat diperlukan.

Ramai pemilik PKS mempunyai salah faham tentang pendigitalan perniagaan. Sesetengah berpendapat bahawa ia adalah satu proses sekali sahaja, seperti menyediakan tapak web atau kedai web. Ini adalah tanggapan yang salah, kerana pendigitalan perniagaan memerlukan masa, dan ia merupakan penyepaduan langkah demi langkah.

Ada juga yang beranggapan bahawa setiap sen yang dilaburkan untuk mendigitalkan perniagaan mesti mempunyai pulangan segera. Disebabkan sifat pengiraan ini, ramai peniaga cenderung untuk menangguhkan pelaksanaan sistem IT dalam perniagaan mereka. Mereka juga bimbang bahawa pendigitalan perniagaan mereka akan menggantikan tenaga kerja mereka.

Para peniaga harus faham bahawa pendigitan perniagaan mungkin tidak serta-merta menunjukkan keuntungan atau peningkatan yang ketara dalam perniagaan, dan ia juga tidak akan mengambil alih tenaga kerja sedia ada. Sebaliknya, ia adalah untuk perancangan jangka panjang, penyelesaian IT adalah rakan kongsi sokongan dalam perniagaan. Ia adalah keperluan penting, bukan pilihan !

Infrastruktur IT akan memudahkan operasi perniagaan, membolehkan perniagaan memaksimumkan sumber mereka dan mengalihkan tumpuan ke sumber-sumber efektif yang lain untuk keuntungan syarikat perniagaan.

Selain itu, sistem IT boleh menyediakan data yang diperlukan yang memberikan analisis yang bermanfaat, seperti tabiat pelanggan, yang boleh meningkatkan penghasilan perniagaan.

Malaysia semakin maju dalam dunia teknologi. Walau bagaimanapun, ramai peniaga masih ketinggalan dalam pemikiran mereka. Ramai PKS belum melihat nilai dalam mendigitalkan perniagaan mereka. Adalah menjadi visi Jendela Biz untuk membantu semua perniagaan Malaysia bergerak ke arah mendigitalkan perniagaan mereka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *