Belanjawan 2023: RM10 bilion untuk pendigitalan

Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus – Tengku Zafrul

RM10 bilion dana pinjaman akan disediakan melalui Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS serta menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan – Tengku Zafrul

Kerajaan akan meneruskan Skim Pemulihan dan Sokongan Melalui Ekuiti atau RESET dan Skim Modal kerja dibawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 bilion – Tengku Zafrul

Kerajaan cadang perluas skop galakan cukai sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF) – Tengku Zafrul

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM9 bilion bagi PKS untuk sektor strategik iaitu agromakanan, teknologi mampan, pelancongan serta vendor minyak dan gas – Tengku Zafrul

Bagi galakkan ramai anak muda berniaga, RM305 juta disediakan sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *