Tanggal 4 Julai 2022, negara telah melancarkan Malaysia Digital sebagai inisiatif strategik negara baharu untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital negara. Ia disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
Ia akan diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Pelan tindakan Malaysia Digital adalah untuk menarik firma berteknologi tinggi, bakat dan pelaburan serta pada masa yang sama memperkasakan rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan untuk mengambil bahagian dalam ekonomi digital global.
Ekonomi digital Malaysia telah mencapai 22.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lalu dan ia dijangka berkembang melepasi sasaran awal 25.5 peratus menjelang 2025.
Koridor Raya Multimedia sebelum ini yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, atau lebih dikenali sebagai MSC Malaysia, telah berjaya mengubah dan mempelbagaikan ekonominya daripada berasaskan pertanian, komoditi dan industri kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi komunikasi maklumat (ICT).
Kini, Malaysia Digital kini akan menggantikan MSC Malaysia, yang telah berjaya mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan sejak 1996.
Malaysia Digital akan menambah rangka kerja baharu dan dipertingkatkan, serta berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan ekonomi digital negara.
Transformasi digital negara dan rakyat akan terus menjadi keutamaan inisiatif kerajaan, kerana teknologi digital bukan lagi masa depan, tetapi realiti hari ini.
Pelancaran Malaysia Digital akan menjadi batu loncatan kepada ekonomi digital negara untuk mencapai tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Malaysia Digital akan menjadi isyarat jelas kepada dunia bahawa Malaysia bersedia untuk berada di barisan hadapan dalam ekonomi digital global.
Negara atau perniagaan yang mengambil peluang untuk membuat pelarasan, dari segi mekanisme dan keupayaan, untuk menghadapi ekosistem ekonomi digital baharu selepas pandemik Covid-19 akan berada di barisan hadapan dalam perlumbaan dan persaingan global.
Mulakan transformasi bisnes atau organisasi anda ke arah online dengan Promosi Aidiladha Jimat Duit Raya RM500